Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tang Jie-Ee Wei ‘kembali’ di Masters Jepun

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Beregu campuran utama Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka kembali menyertai kejohanan selewat-lewatnya pertengahan November dengan Masters Jepun 2024 menjadi kejohanan pertama selepas berehat akibat kecederaan sebelum ini.

    Ketua jurulatih beregu campuran, Nova Widianto berkata selain Masters Jepun pada 12 hingga 17 November, pasangan Malaysia itu seterusnya menyertai Masters China (19 hingga 24 November) dalam misi mengumpul mata ranking kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China hujung tahun ini.

    “Saya rasa Masters Korea mereka tidak akan sertai kerana mata agak sedikit walaupun layak final, kena jadi juara (baru ada mata).

    “Tapi untuk Masters Jepun dan China, mereka sudah siap (untuk sertai). Sebab kalau Masters Jepun, layak ke separuh akhir boleh dapat mata manakala China pula mereka kena layak ke suku akhir (dapat mata),” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

    Pasangan di ranking kesembilan dunia itu terlepas dua kejohanan iaitu Terbuka Artik dan Denmark, berikutan Ee Wei mengalami kecederaan di tangan ketika sesi latihan sebelum ini. – Bernama

    Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika bersaing menentang Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping, di Arena Porte De La Chapelle pada 29 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda