Monday, July 1, 2024
22.3 C
Brunei

    -

    Tangan manusia ditemui di lokasi kereta terbakar

    IPOH, 23 JUN – Pergelangan tangan manusia yang terputus ditemui berhampiran lokasi sebuah kereta yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan hari ini.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata kereta jenis Toyota Vios itu terbakar kira-kira 95 peratus dipercayai akibat kemalangan dengan dua buah kenderaan.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11:16 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bergegas ke lokasi kejadian.

    “Terdapat tangan manusia yang telah putus dijumpai dan kesemua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di lokasi kejadian.

    “Operasi memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki jentera hingga api padam sepenuhnya. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menambah operasi tamat pada jam 11:49 pagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...