NEW YORK – Baraka Cosmas, 7 menderita setelah kehilangan sebahagian dari tangan kanannya, Mwigulu Matonange, 14 pula kehilangan tangan kiri. Emmanuel Festo, 15, kehilangan tangan kanan dan beberapa jari di tangan kirinya. Penod Sengerema, 15 pula tidak kehilangan kedua belah tangan.
Anak-anak muda dari Tanzania ini tidak mengalami masalah kehilangan upaya berikutan daripada faktor kemalangan atau gangguan genetik sejak dilahirkan.
Proses amputasi (pemotongan tangan) telah dilakukan oleh sekelompok individu yang tidak berperikemanusiaan dan kejam di mana mereka percaya bahawa kanak-kanak albino ini dilahirkan tanpa pigmen berwarna coklat pada kulit mereka sebagaimana ahli keluarga yang lain sekaligus mempercayai bahawa semangat yang ada dalam diri mereka dapat memberikan tuah sekiranya sebahagian dari anggota badan mereka dikorbankan secara ritual.
Tradisi kejam itu masih di amalkan di beberapa bahagian terpencil dan kawasan pedalaman di Tanzania di mana ia merangkumi pemotongan anggota badan kanak-kanak autisme sebagai sebahagian ritual dengan kepercayaan ia dapat memberikan tuah kepada pengamalnya.
Pengamal tradisi yang memburu Emmanuel di kampungnya pada waktu malam juga pernah cuba untuk mencabut gigi dan memotong lidahnya.
Empat orang belia ini adalah sebahagian daripada mangsa yang telah menerima rawatan dan pemasangan tangan prostetik secara percuma di AS sejak tahun 2015.
Pada musim bunga lalu, mereka kembali ke AS bagi tempoh dua minggu untuk menggantikan bahagian tangan prostetik dari Hospital Kanak-Kanak Shriners, Phildalphia bersesuaian mengikut tumbesaran tubuh badan mereka.
Sewaktu kunjungan mereka ke AS, mereka akan ditempatkan di bandaraya New York di bawah jagaan Elissa Montanti dan ditaja oleh Dana Bantuan Perubatan Antararabangsa yang merupakan sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak yang terlibat dalam zon krisis untuk menerima bantuan secara percuma.




Mangsa termuda, Baraka Cosmas ketika mengikuti sesi latihan piano bersama Ahmed Shareef, 20, yang juga kehilangan tangan kanannya. – AP
Dalam fasa terbaru ini, kehidupan kanak-kanak albino di Tanzania lebih terjamin dan selamat setelah ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Tanzania yang dibiayai oleh Under the Same Sun yang merupakan sebuah badan amal dari Kanada.
Ketika pertama kali menjejakkan kaki di New York, para belia ini mengalami kesukaran dalam melakukan sebarang proses komunikasi kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris dan hanya melakukan hubungan komunikasi melalui bantuan dari khidmat penterjemah.
Mwigulu menjelaskan bahawa dengan bantuan daripada tangan prostestik yang dipasangkan pada anggota badannya secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan dalam dirinya.
“Sebelum ini saya berasa cukup tersisih ketika melihat orang lain memiliki dua tangan manakala saya pula hanya memiliki satu yang jelas memperlihatkan kekurangan dalam diri saya,” jelas Mwigulu.
Manakala Pendo pula menjelaskan bahawa dengan bantuan dari pemasangan tangan prostestik pada anggota badannya secara tidak langsung telah memberikan sinar keceriaan dalam hidupnya apabila dia tidak lagi berasa tersisih hanya tatkala mengenangkan dirinya yang hanya memiliki sebelah tangan.
Sebelum mereka kembali semula ke Tanzania dengan penggantian tangan prostestik yang baru pada bulan ini, para belia itu juga turut dijemput dalam satu perhimpunan di Pulau Staten di mana mereka akan dilayan dengan baik serta menikmati hidangan istimewa.
Emmanuel menjelaskan bahawa aktiviti makannya menjadi lebih mudah tatkala cangkuk yang dipasang pada bahagian tangannya dapat membantu beliau untuk memegang sudu dan garfu sekaligus menikmati pelbagai hidangan yang lazat bersama dengan teman-temannya.
“Walaupun peristiwa hitam atas kekejaman tindakan serangan tidak berperikemanusiaan yang telah membuatkan saya hilang upaya itu tidak dapat dilupakan namun saya tetap bersyukur apabila masih diberikan peluang untuk bertemu dengan pihak yang dapat mengembalikan keceriaan di dalam hidup ini,” jelas Emmanuel.
Ditempatkan selama 10 minggu di New York, Baraka, mangsa termuda telah berpeluang untuk mengikuti kursus latihan piano dengan hanya menggunakan sebelah tangan yang dibimbing oleh Ahmed Shareef, 20 yang juga kehilangan tangan kanannya berikutan daripada serangan yang berlaku di Iraq dan turut menerima pemasangan tangan prostestik atas bantuan Dana Bantuan Perubatan Antarabangsa.
Kini, Baraka boleh kembali ke Tanzania dengan bakat baru yang ditemuinya melalui sesi latihan bersama dengan Shareef itu.
Sejak pihak kerajaan Tanzania mengharamkan sebarang ritual kejam yang dilaksanakan tiga tahun lalu, ratusan individu telah ditahan di mana mereka dipercayai terlibat dalam pembunuhan dan melakukan kekejaman kepada individu albino.
Baraka, Emmanuel, Pendo dan Mwigulu telah berusaha untuk melepaskan diri dari trauma yang membelenggu diri mereka sekali gus hidup ceria dengan semangat yang baru.
Pendo, 16 menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Swahili.
Mwigulu pula menaruh harapan yang cukup tinggi untuk menjadi seorang presiden Tanzania di mana beliau berharap untuk dapat membela nasib dan hak individu albino.
Sementara Baraka, mangsa yang termuda itu pula menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor yang dapat memberikan bantuan rawatan kepada orang yang memerlukan.
Ternyata walaupun mereka pernah mengalami trauma berikutan daripada peristiwa namun jelas itu tidak mematahkan semangat baru dalam menjalani kehidupan yang lebih ceria. – AP