Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tangani barisan panjang di musim jualan murah

    NEW YORK – Peruncit sekali lagi bakal menawarkan tawaran jualan hebat sedari awal pagi untuk menarik pembeli-belah ke kedai–kedai mereka sempena musim percutian Disember ini.

    Tetapi mereka juga berusaha untuk mengeluarkan pembeli-belah dari kedai-kedai mereka lebih cepat dari sebelumnya dengan meminimumkan perkara yang paling mereka benci iaitu barisan panjang.

    Walmart, Target dan peruncit besar yang lain menghantar pekerja–pekerja mereka di seluruh kedai untuk memeriksa pelanggan–pelanggan dengan menggunakan peranti telefon bimbit mereka.

    Di Macy, pembeli-belah boleh mengimbas dan membayar barangan menerusi telefon pintar mereka sendiri.

    Peruncit berharap perubahan itu akan memastikan pembelian di kedai kurang mengalami kesesakan.

    Seorang pekerja yang berusaha untuk memberikan khidmat penerangan kepada salah seorang pelanggan. – AP
    Salah seorang pekerja Target yang menggunakan teknologi imbasan sebagai usaha untuk mengurangkan barisan panjang bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan. – AP
    Walmart juga telah bersedia untuk menyediakan kod bar tertentu menjelang musim jualan murah Disember ini. – AP

    Barisan panjang juga boleh mengganggu pembeli-belah, yang mungkin meninggalkan kedai dengan tangan kosong dan membelanjakan wang mereka di tempat lain, atau melakukannya menerusi atas talian.

    “Saya mahu ia berjalan dengan cepat dan sesuai,” kata Carolyn Sarpy, salah seorang pelanggan yang membayar bagi barangan ram permainan bola keranjang menerusi peranti telefon bimbit yang dikeluarkan kepada pekerja di kedai Walmart di Houston.

    Sarpy turut berkata dia “akan berpusing dan keluar” dari kedai jika dia melihat barisan yang panjang.

    Walmart menjelaskan bahawa para pekerja akan berdiri di bahagian sibuk di kedai-kedai, bersedia untuk mengimbas kad kredit pelanggan apabila mereka bersedia untuk membayar.

    Untuk memudahkan mereka mencari, pekerja memakai baju berwarna kuning akan berkata, “Sila checkout bersama saya.”

    Peruncit terbesar dunia kali pertama menguji perkhidmatan itu pada musim bunga di lebih dari 350 buah kedai di pusat laman dan taman sendiri. Ia sangat menarik, kata Walmart, dan mengembangkan program tersebut bagi musim percutian.

    Peruncit lain juga cuba untuk tidak ketinggalan bagi bersaing dengan syarikat gergasi teknologi itu.

    Apple, sebagai contoh, membenarkan mereka yang membeli iPhones, komputer riba dan gajet lain di kedainya untuk membayar menggunakan peranti telefon bimbit yang dikeluarkan kepada pekerja.

    Amazon juga kini sudah menggunakan kedai–kedai tanpa juruwang di San Francisco, Chicago dan Seattle.

    Barbara Kahn, seorang profesor pemasaran di Wharton School di Universiti Pennsylvania, berkata pembeli-belah mengetahui kewujudan teknologi ada di luar sana bagi pembelian yang segera.

    “Ia membuatkan mereka menjadi lebih tidak sabar,” katanya.

    Ujian sebenar kejayaan mereka adalah sama ada peruncit boleh menangani jumlah pelanggan yang ramai dijangka membeli-belah semasa musim jualan murah Disember ini.

    Menurut syarikat analitik, ShopperTrak menjelaskan bahawa perkara itu jelas dapat dilihat sewaktu acara Hari Kesyukuran.

    “Tumpuan terbesar pada acara jualan itu adalah berdiri dalam barisan,” kata Jason Goldberg, naib presiden kanan perdaga-ngan dan amalan di kumpulan perunding SapientRazorfish.

    J.C. Penny, yang juga menawarkan checkout melalui telefon bimbit selama beberapa tahun, berkata ia telah menghantar tambahan 6,000 peranti telefon bimbit ke kedai–kedai pada tahun ini, jadi para pekerja boleh memeriksa pembeli-belah lebih cepat, seperti bila barisan semakin panjang pada musim jualan murah.

    Kedai–kedai lain mengujinya buat kali pertama: Kohl berkata pekerja yang memegang iPad akan bergerak 160 dari lebih dari 1,100 buah kedai.

    Macy, yang mengumumkan programnya pada Mei lalu, berkata pelanggan perlu menggunakan aplikasi telefon bimbitnya untuk mengimbas harga dan membayarnya.

    Selepas itu, mereka perlu pergi ke barisan checkout telefon bimbit dan menunjukkan aplikasi itu kepada pekerja, yang kemudian menanggalkan tag keselamatan daripada pakaian.

    Program checkout telefon bimbit Target, yang dikeluarkan kepada semua 1,800 buah kedainya, adalah sama dengan Walmart.

    Target berkata bahawa kawasan elektroniknya, di mana biasanya terdapat dua pendaftar, empat pekerja akan dihantar untuk memegang peranti bagi membantu pelanggan yang memerlukan khidmat membeli TV, permainan video dan peranti lain.

    “Ini adalah mengenai memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang mereka mahu dan secepat yang mereka mahukan,” kata John Mulligan, Ketua Pegawai Operasi Target. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda