Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tangani masalah jalan berlubang segera

    Ketika penulis asyik mendengarkan sebuah lagu ‘Jalan Berlubang’ nukilan Jefribagusp, terdengar serangkai lirik lagu tersebut yang berbunyi: “Jejak-jejak jalan berlubang, bergentayangan mengiringi zaman…”, penulis mula teringat mengenai jalan di persimpangan 1944, Kampung Sungai Paku, Mukim Telisai, di Daerah Tutong.

    Penulis sememangnya sudah acap kali membuat aduan mengenai jalan berlubang di kampung tersebut, namun hingga kini belum mendapat jawapan dan sebarang tindakan atau inisiatif daripada pihak yang relevan untuk memperbaiki keadaan jalan berkenaan.

    Selaku penduduk tempatan dan pengguna jalan tersebut, adalah amat menjengkelkan untuk melihat keadaan jalan yang semakin teruk tanpa sebarang tindakan diambil.

    Hari demi hari, lubang yang kecil pasti akan menjadi besar sekali gus menghambat kelancaran perjalanan pengguna.

    Malah impak terlanggar jalan berlubang boleh memberi kesan terhadap keselamatan pengguna jalan, kenderaan dan juga harta benda. Ini merupakan ancaman serius kepada semua pengguna lebih-lebih lagi penunggang motosikal.

    Daripada pandangan penulis, semua lubang dan kerosakan perlu diperbaiki segera dan bukan hanya menambalnya di sana sini hingga menyebabkan permukaan jalan menjadi berombak-ombak.

    Selain itu, satu kajian lanjut juga adalah perlu untuk menilai sama ada perluasan jalan atau penambahbaikan adalah diperlukan, di mana jalan-jalan yang mengalami sebarang kerosakan mungkin perlu ditambal mengikut keluasan yang sewajarnya.

    Bukan setakat itu sahaja, tindakan pemeliharaan berkala juga satu kemestian untuk memastikan jalan tersebut dalam keadaan yang baik.

    Huda MN

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda