Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tangani masalah penggunaan dengan berani dan kreatif

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Penggunaan dan pengeluaran adalah bahagian penting dalam kehidupan seharian masyarakat dan ia memerlukan kita untuk membuat keputusan yang bijak terhadap pembelian, penggunaan produk-produk serta pembuangan atau pelupusan yang bertanggungjawab.

    Dalam hubungan itu, masyarakat perlu berani dan kreatif dalam menangani masalah penggunaan yang meningkat yang memberikan ancaman yang signifikan kepada alam sekitar.

    Pada 2019, dilaporkan bahawa Negara Brunei Darussalam menghasilkan 1.15 kilogram sisa buangan per kapita dan tapak pelupusan kita menerima di antara 500 dan 600 tan sisa harian dengan 32 peratus sisa berkenaan terdiri daripada makanan.

    Penghasilan sisa makanan yang tinggi itu telah mendorong kita untuk mencari penyelesaian yang kreatif di mana salah satu daripadanya adalah menerusi pengkomposan.

    Perkara itu dinyatakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin dalam ucaptama semasa Forum Brunei Mampan yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

    Beliau turut menekankan pentingnya menerima pendekatan baharu dan perubahan minda untuk mencari penyelesaian menuju masa depan yang lebih mampan.

    Pada masa yang sama, Yang Berhormat Hajah Rosmawatty menekankan pentingnya semua sektor dan lapisan masyarakat bekerjasama untuk mencapai impak yang lebih bermakna.

    YB Hajah Rosmawatty menyampaikan ucaptama pada Forum Brunei Mampan yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda