Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Tangani pencemaran makanan

    Dalam tahun 2022, terdapat beberapa berita mengenai pencemaran makanan, sama ada makanan terdedah kepada binatang, makanan yang dijamah anjing dan produk makanan di pasar raya yang tidak diasingkan.

    Berita-berita ini sama ada kita baca di laman berita, media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp yang menularkannya.

    Ia sedikit sebanyak membuatkan orang yang membacanya ‘kambang liur’ dan sukar mempercayai ia berlaku di negara ini yang amat menitikberatkan kehalalan makanan dan produk-produk makanan yang dijual di negara ini.

    Namun kenapa terjadi pencemaran-pencemaran seumpama ini? Sebahagiannya mungkin terdapat premis atau orang yang mengendalikan makanan kurang pengetahuan terhadap perintah makanan halal dan kurang peka mengenai piawaian kebersihan makanan yang ditetapkan.

    Ada beberapa perkara yang perlu ditekankan sama ada oleh pihak pengendali, premis makanan atau pasar raya yang masih belum memahami cara pengendalian dan pengasingannya.

    Bagi pihak pengendali, premis makanan atau pasar raya, mereka perlu menasihatkan dan mengajar mereka yang terbabit tentang perlunya mengamalkan kebersihan dan menjaga makanan yang akan dihidang atau dijual kepada pelanggan.

    Manakala di pihak relevan pula, perlu menggariskan beberapa peraturan ketat terhadap mereka yang terlibat. Saya juga cadangkan pihak relevan mengadakan taklimat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk memberikan tunjuk ajar kepada para pekerja cara pengendalian makanan yang menepati piawaian yang ditetapkan di negara ini agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

    Awang Prihatin

    Pihak relevan perlu mengetatkan peraturan cara pengendalian produk makanan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...