Percintaan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang berbeza agama menjadi bualan peminat.
Bapa kepada Rizky iaitu pengacara dan pelawak Sule memberitahu sudah merestui hubungan tersebut, namun jika mereka berkahwin nanti, haruslah mengikut ajaran Islam.
“Itu kehendak Tuhan untuk mereka bercinta. Tuhan sudah punya rancangan semua itu.
“Apa yang penting hubungan mereka baik-baik sahaja untuk kerjaya. Tidak semestinya mereka bercinta saya sudah fikirkan soal kahwin.
“Mereka baru sahaja bercinta, biarkan mereka rasa bagaimana hubungan berbeza agama.
“Yang penting saya mahu kalau bernikah nanti, harus satu agama,” jelas Sule dalam satu temu bual di saluran Youtube, Adiez Gilang.
Bukan hanya Rizky, malah adiknya iaitu Putri Delina juga turut bercinta dengan lelaki berbeza agama. – Agensi
