BOGOTA, 30 Jan – Presiden Colombia semalam menangguhkan rundingan damai dengan kumpulan pejuang ELN dan mengarahkan respons tentera ditingkatkan susulan serangan bom hujung minggu lalu yang telah mengorbankan tujuh orang polis.
Perkembangan itu telah membahayakan usaha untuk mengakhiri konflik setengah abad Colombia yang mana baru-baru ini ia hampir kepada resolusi.
“Saya telah mengambil keputusan untuk menangguhkan permulaan rundingan kelima yang akan dijadualkan beberapa hari akan datang di mana kenyataan ELN tidak selaras dengan tindakan,” menurut Presiden Juan Manuel Santos.
Dia mengarahkan pasukan keselamatan untuk bertindak dengan semaksima mungkin menentang ELN.
Mereka akan menentang keganasan dengan sepenuh hati seperti tidak ada rundingan ramai yang berlangsung, kata Santos. Kerajaan Santos mencapai persetujuan perdamaian bersejarah dengan kumpulan pemberontak terbesar Colombia, FARC pada November 2016 tetapi mempunyai perjanjian yang sama dengan ELN, dianggarkan sebanyak 1,800 pejuang masih belum dicapai.
Apabila gencatan senjata dengan ELN mansuh pada 10 Januari, kerajaan berkata ia menangguhkan rundingan dengan kumpulan pemberontak yang mensasarkan pasukan keselamatan dan pemasangan minyak.
Tentera Colombia telah melancarkan serangan dan menyebabkan puluhan orang mati dan ditahan.
Amerika Syarikat mengecam serangan di Colombia dan di tempat lain yang jelasnya tidak berkaitan, berlaku berhampiran sempadan di kejiranan Ecuador yang mengorbankan 28 anggota polis dan orang awam cedera.
“America Syarikat akan sentiasa bersama rakyat Colombia dan Ecuador dan akan membantu kedua-dua buah negara dalam apa cara sekalipun untuk memberi respon terhadap serangan tersebut,” menurut jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan meluahkan rasa simpati kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh dan tercedera.
Minggu lalu, sebanyak tiga bom disasarkan diletupkan di stesen polis dalam tiga lokasi: dua di bandar perlabuhan Barranquilla, Carribean dan satu di Santa Rosa di jabatan Bolivar.
ELN bertanggungjawab atas serangan paling buruk itu mana telah mengorbankan lima pegawai dan mencederakan 41 di Barranquilla pada Sabtu semasa polis berkumpul.
Menteri Pertahanan, Luiz Carlos Villegas mengecam ELN mengenai ketiga-tiga serangan yang bersifat keganasan. – AFP