Sunday, January 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanggung hutang untuk biayai perubatan

    Berdepan dugaan menghidap kanser payudara sebelum ini, penyanyi Marshanda mendedahkan turut melalui fasa sukar daripada segi kewangan.

    Menurut mStar, Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, berkata dia terpaksa menanggung hutang tinggi bagi membiayai kos perubatan sebelum disahkan bebas dari penyakit tersebut.

    Katanya juga dia tidak memiliki sebarang skim perlindungan kesihatan atau insurans kerana sebelum ini pernah didiagnos menghidap bipolar.

    “Saya ada masalah bipolar dan sebab itu syarikat insurans tidak terima klien yang mempunyai masalah mental.

    “Saya juga tidak punya wang sendiri yang terlalu banyak sedangkan kos perubatan sangat tinggi,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Awal Oktober lalu, Marshanda berkongsi berita gembira dirinya kini bebas kanser selepas dua tahun bertarung melawan penyakit itu.

    Tambahnya lagi dia kini sudah berkemampuan untuk membayar kembali hutang pinjaman yang dibuat setelah kembali menerima tawaran kerja.

    “Syukur hutang sebelum ini sudah boleh dibayar. Sebelum ini saya tidak sihat dan tak boleh bekerja. Lebih banyak masa dihabiskan untuk rehat.

    “Sekarang tawaran kerja semakin banyak. Syukur rezeki berjalan lancar dan boleh bayar hutang,” ujarnya. – Agensi

    Marshanda bersyukur kini dapat kembali bekerja seperti biasa. – Detik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda