Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanggung kesalahan seumur hidup laporan palsu hilang IC

    KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Individu yang membuat laporan palsu kehilangan kad pengenalan (IC) kononnya diragut dan disamun bagi mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal menanggung rekod jenayah seumur hidup, apabila mereka didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.

    Peguam, Zulkifli Awang berkata individu itu akan terpalit dengan rekod jenayah walaupun dia hanya dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah atas perbuatannya itu.

    “Ramai individu yang hilang IC ‘mereka’ cerita, membuat laporan palsu kepada polis mendakwa diragut, disamun, dirompak, hanya kerana tidak mahu membayar denda kepada JPN dan apabila pihak polis mendapati keterangan mereka tidak konsisten dan menimbulkan curiga, mereka akan didakwa di mahkamah kerana membuat laporan palsu.

    “Di sinilah risiko yang bakal dihadapi individu ini apabila mahkamah mendapati mereka bersalah dan dijatuhi hukuman walaupun denda sahaja, akan terpalitlah rekod jenayah yang akan ditanggung seumur hidup,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Zulkifli berkata rekod jenayah itu menyebabkan individu terbabit berdepan kesan jangka panjang bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga keluarga apabila sukar untuk membuat pinjaman bank atau menjadi penjamin kepada anak-anak bagi membuat pinjaman pendidikan.

    Jelas Zulkifli, pihak pemberi pinjaman kebiasaannya akan memeriksa rekod jenayah untuk memastikan seseorang individu berkenaan boleh dipercayai sebelum meluluskan permohonan mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda