Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri

    KUCHING, 29 OKT – Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata walaupun Sarawak kini disenaraikan sebagai negeri yang berpendapatan tinggi, bukan tanggungjawab negeri itu membantu negeri lain yang mundur, kerana itu tanggungjawab kerajaan pusat.

    “Sarawak kaya sebab kita mampu menguruskan ekonomi kita dengan baik, usaha kita belum habis lagi iaitu untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat, sebab itu kita majukan kawasan luar bandar terlebih dahulu.

    “Ada pepatah orang putih berbunyi charity begins at home. Orang kampung kita masih ada banyak masalah, jadi kita tolong orang kampung dululah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelan Induk Kelestarian Sarawak di sini hari ini.

    Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan sebuah portal berita semalam, bahawa Sarawak harus membantu negeri yang mundur untuk membangun.

    Dalam wawancara itu Tun Mahathir berkata Sarawak, yang kini mencapai status berpendapatan tinggi, seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.

    Beliau dipetik sebagai berkata Malaysia merupakan sebagai sebuah persekutuan dan negeri yang lebih kaya mesti berkongsi kekayaan dengan yang lebih miskin. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Lembaga Jurukur Tanah Sarawak, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda