Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tanggungjawab suami

    Hai, nama aku Murni. Sudah beberapa bulan kebelakangan ini, saya rasa seperti hanya tinggal seorang diri walaupun hakikatnya saya masih bergelar isteri.

    Suami saya bukan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia rajin bekerja, tidak pernah gagal menyara kami sekeluarga. Namun sejak akhir-akhir ini, dia terlalu jarang berada di rumah. Bila saya bangun pagi, dia sudah keluar. Bila saya menanti di malam hari, dia hanya pulang untuk tidur. Komunikasi antara kami makin lama makin hambar.

    Saya tahu dia penat. Saya tahu dia ingin yang terbaik untuk masa depan keluarga. Tetapi bagaimana pula dengan saya, isteri yang setia menanti, yang hanya mahu sedikit masa dan perhatian? Kadangkala saya hanya mahu berkongsi cerita seharian saya, tentang anak-anak, tentang apa yang saya rasa. Tapi saya simpan semua itu dalam hati kerana tahu dia terlalu letih untuk mendengar.

    Anak-anak juga makin kerap bertanya ayah mereka. Rumah kami sangat mewah dan penuh dengan perabot, tetapi terasa kosong tanpa kehadiran sosok suami, dan juga ayah bagi anak-anak ku.

    Saya tidak mahu menuduh atau merungut, cuma saya mahu didengari. Saya mahu suami saya sedar bahawa rumah ini memerlukan lebih daripada nafkah zahir. Ia perlukan kasih sayang, kehadiran, dan sentuhan emosi. Saya mahu dia kembali, bukan sekadar hadir sebagai bayang, tetapi sebagai suami dan ayah yang benar-benar wujud dalam kehidupan kami.

    Semoga curhat ini menjadi cermin agar dia tahu, saya masih di sini, setia menanti, tapi hati saya perlahan-lahan menjadi sunyi.

    Murni

    Gambar Freepik

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kepada Murni yang sudi menulis kepada Media Permata.

    Luahan awda sungguh menyentuh hati dan menggambarkan satu realiti yang sering tersembunyi di balik rutin rumah tangga yang kelihatan sempurna di luar.

    Apa yang Murni rasakan adalah sangat wajar apabila kita rindukan kehadiran seorang suami yang sebenar, bukan sekadar kewujudan fizikal. Sebenarnya suami awda bukanlah tidak bertanggungjawab, tetapi dalam usahanya dalam menyediakan yang terbaik untuk keluarga, mungkin telah tanpa dia sedari, mengabaikan ruang emosi yang awda dan anak-anak perlukan.

    Daripada apa yang diceritakan, Murni sebagai isteri, tidaklah menuntut lebih daripada yang sepatutnya. Cuma yang didambakan hanyalah sentuhan hati, sedikit masa, dan kehadiran yang mampu memberi rasa didengari dan dihargai.

    Apa yang penting sekarang adalah cuba mencari ruang untuk bercakap dari hati ke hati. Pilih waktu yang tenang, bukan untuk menyalahkan, tetapi sekadar untuk berkongsi rasa dengan jujur dan lembut.

    Kadang-kadang, pasangan kita tidak menyedari betapa terluka perasaan yang dialami kerana tiada siapa yang memberitahu. Semoga curahan Murni boleh menjadi permulaan kepada perubahan.

    Sesungguhnya, awda layak untuk disayangi bukan hanya sebagai isteri, tetapi sebagai insan yang juga punya keperluan jiwa. Jangan padamkan harapan, Murni. Dang ucapkan semoga suara hatimu berhak didengar dan kebahagiaan dalam berkeluarga dapat ditemui.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Antara kelangsungan hidup dan pendidikan

    NANDURBAR, INDIA - Setiap pagi, Ramati Mangla yang berusia...

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...