Tuesday, July 9, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Tangisan Bella Astillah dalam lakonan nampak realistik

    Tindakan pelakon Bella Astillah memuat naik klip video memaparkan dirinya menangis menerusi satu babak dalam drama mengundang pelbagai reaksi warganet.

    Mana tidaknya, lakonan Bella dalam rakaman itu dipuji nampak begitu realistik mengalirkan air mata ketika menjayakan babak berkenaan.

    Menerusi ruangan kapsyen, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, hanya menyebut nama Puteri Sarah Liyana, seolah-olah video itu ditujukan kepada sahabat baiknya itu.

    “Bestie (kawan baik) nah Puteri Sarah Liyana,” katanya ringkas.

    Perkongsian itu dibalas Puteri Sarah yang turut mengusik mengenai keaslian air mata Bella itu.

    “Awak guna eyemo ke air mata original?” katanya.

    Susulan perkongsian Bella itu, rata-rata warganet membuat andaian kononnya bekas isteri Aliff Aziz itu sengaja menyindir Ruhainies.

    “Spontan air mata mengalir; Ini baru betul menangis; Pandai kan berlakon menangis, feel pun sampai; Nasib baik menangis tak guna eyemo,” antara komen warganet.

    Pada 3 Julai, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerima kecaman warganet selepas mengaku tidak pandai berlakon dan menangis di hadapan kamera ketika hadir ke mahkamah.

    Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

    Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkena kes khalwat.

    Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan perbicaraan akan disambung pada 17 Oktober depan dan bon jaminan mereka turut dilanjutkan. – Agensi

    Bella berjaya pukau warganet dengan air matanya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NDRC peruntuk RM129.57 juta tangani bencana

    BEIJING, 8 JULAI – Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) memperuntukkan dana sebanyak RM129.57 juta untuk menyokong kerja pemulihan kecemasan di sekolah, hospital,...