Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tangisan Bella Astillah nampak real

    Tindakan pelakon Bella Astillah memuat naik klip video memaparkan dirinya menangis menerusi satu babak dalam drama mengundang pelbagai reaksi warganet.

    Mana tidaknya, lakonan Bella dalam rakaman itu dipuji nampak begitu realistik mengalirkan air mata ketika menjayakan babak berkenaan.

    Menerusi ruangan kapsyen, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, hanya menyebut nama Puteri Sarah Liyana, seolah-olah video itu ditujukan kepada sahabat baiknya itu, kongsi mStar.

    Bestie (kawan baik) nah Puteri Sarah Liyana,” katanya ringkas.

    Perkongsian itu dibalas Puteri Sarah yang turut mengusik mengenai keaslian air mata Bella itu.

    Warganet puji ketenangan yang dimiliki Bella. – mStar

    “Awak guna eyemo ke air mata original?” katanya.

    Susulan perkongsian Bella itu, rata-rata warganet membuat andaian kononnya bekas isteri Aliff Aziz itu sengaja menyindir Ruhainies.

    “Spontan air mata mengalir. Ini baru betul menangis.

    “Pandai kan berlakon nangis, feel pun sampai. Nasib baik menangis tak guna eyemo,” antara komen warganet.

    Pada 3 Julai, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerima kecaman warganet selepas mengaku tidak pandai berlakon dan menangis di hadapan kamera ketika hadir ke mahkamah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda