Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Tangki gas ammonia bocor

    SHAH ALAM, 30 Mac – Sebuah tangki mengandungi gas ammonia di sebuah kilang memproses makanan di Klang bocor, mengakibatkan empat pekerja sesak nafas akibat terhidu gas berbahaya itu.

    Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata tangki berkenaan berkapasiti 1,000 liter.

    “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10.14 pagi dan seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar termasuk satu pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

    “Setibanya pasukan kami di kilang berkenaan, empat pekerja, tiga lelaki dan seorang wanita mengalami sesak nafas dan mereka kemudian dirawat oleh pasukan perubatan yang turut hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Katanya tiga daripada pekerja berkenaan iaitu seorang wanita dan dua lelaki bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mereka kini stabil. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini