Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanpa sedari rawat anak sendiri semasa kemalangan

    CALGARY, ALBERTA, 24 NOV – Seorang paramedik Kanada yang secara tidak sedar merawat anak perempuannya sendiri semasa kemalangan maut menyeka air matanya apabila mengenangkan nasib seorang gadis cantik yang berjuang hidup sehingga ke akhirnya.

    Jayme Erickson telah dihubungi bagi menangani kemalangan di utara Calgary pada 15 November lalu dan menemani seorang gadis cedera parah yang telah dikeluarkan dari kereta dan dibawa ke hospital, di mana dia meninggal dunia. Dia tidak dapat dikenali disebabkan kecederaan pada wajahnya.

    Sehinggalah Erickson pulang ke rumah pada penghujung hari, dia ditemui oleh pegawai Polis Diraja Kanada, yang memberitahunya bahawa pesakit itu ialah anak perempuannya yang berusia 17 tahun, Montana.

    Erickson berkongsi kesedihannya dengan pemberita lewat Selasa dan menyifatkan anak perempuannya itu berjaya dalam semua yang dia fikirkan, seorang perenang yang bercita-cita menjadi seorang peguam. – AP

    Paramedik Jayme Erickson (tengah) yang kelihatan sebak telah ditenangkan oleh suaminya Sean Erickson, ketika dia bercakap kepada media di Airdrie , Alberta baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda