Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanzania ikrar lindungi Gunung Kilimanjaro daripada kebakaran

    DAR ES SALAAM, TANZANIA, 5 APRIL – Pihak berkuasa Tanzania kelmarin berkata pihaknya mula mengambil langkah untuk mengelakkan kebakaran berlaku lagi di Gunung Kilimanjaro, puncak tertinggi di Afrika.

    Menteri di Pejabat Naib Presiden yang bertanggungjawab bagi Kesatuan dan Alam Sekitar, Selemani Jafo, berkata tindakan itu diawasi oleh Kementerian Sumber Asli dan Pelancongan.

    Beliau berkata demikian di parlimen bagi menjawab pertanyaan mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi Gunung Kilimanjaro daripada kebakaran berulang, lapor Xinhua.

    Jafo berkata walaupun kerajaan telah membentuk pasukan pakar untuk menyiasat punca kebakaran, aktiviti manusia turut menyumbang kepada berlakunya kebakaran.

    Kebakaran terbaharu di Gunung Kilimanjaro yang dilitupi salji dari 21 Oktober hingga 1 November 2022 memusnahkan sekurang-kurangnya 34.2 kilometer persegi tumbuh-tumbuhan semula jadi, bersamaan dengan 1.9 peratus kawasan pemuliharaan gunung itu.
    Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 5,895 meter dari paras laut adalah antara destinasi pelancongan terkemuka Tanzania.

    Setiap tahun, kira-kira 50,000 pelawat dari seluruh dunia cuba mendaki untuk sampai ke puncak gunung itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda