DAR ES SALAAM, 12 JUN – Tanzania kelmarin menandatangani perjanjian rangka kerja dengan gergasi tenaga British dan Norway, Shell dan Equinor untuk melaksanakan projek bernilai AS$30 bilion bagi mengeksport gas aslinya.
Perjanjian tersebut menjangkakan keputusan pelaburan akhir menjelang 2025 dan permulaan operasi menjelang 2029-2030 di loji gas asli cecair yang akan dibina di bandar pantai selatan Lindi.
Ia juga menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam usaha Tanzania bagi memulakan eksport sebahagian daripada deposit gas yang besar di luar pantainya yang dianggarkan berjumlah lebih daripada 57 trilion kaki padu.
“Kami tidak pernah mencapai tahap pembangunan gas asli ini dalam sejarah negara kami,” kata Menteri Tenaga, January Makamba semasa majlis menandatangani perjanjian di ibu negara Dodoma.
“Projek ini akan dapat merubah ekonomi kami dengan ketara,” tambahya.
Sementara itu, Presiden Samia Suluhu Hassan, yang turut hadir, mengalu-alukan perjanjian awal berkenaan.
“Kami telah mencapai peringkat perbincangan yang baik mengenai projek LNG, tetapi banyak kerja masih menunggu kami untuk dilaksanakan dan menjadikannya kompetitif,” katanya. – AFP
