Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tanzania siasat penyakit misteri

    DAR ES SALAAM, 17 MAC – Tanzania telah menghantar sepasukan pakar kesihatan untuk menyiasat penyakit misteri yang telah meragut lima nyawa, kata kerajaan.

    “Penyakit itu dikesan setelah sejumlah tujuh orang mengalami simptom termasuk demam, muntah, pendarahan di pelbagai bahagian badan dan kegagalan buah pinggang”, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin.

    Kerajaan telah menghantar pasukan tindak balas pantas ke wilayah barat laut Kagera yang bersempadan dengan Uganda untuk menyiasat ‘penyakit berjangkit’ itu, kata ketua pegawai perubatan Tanzania, Tumaini Nagu dalam kenyataan itu.

    “Sampel telah diambil daripada pesakit dan orang mati dalam usaha mengenal pasti punca dan jenis penyakit,” katanya sambil menggesa orang ramai bertenang tetapi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan.

    Siasatan itu susulan wabak Ebola di Uganda, yang berlarutan hampir empat bulan dan meragut nyawa 55 orang sebelum kerajaan pada Januari mengisytiharkan penamatannya.

    Tahun lalu, Tanzania mengenal pasti wabak leptospirosis atau demam tikus yang membunuh tiga orang di wilayah tenggara Lindi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...