Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tanzania tarik balik larangan eksport hidupan liar

    DAR ES SALAAM, 5 JUN – Tanzania membatalkan secara sementara bagi larangan eksport hidupan liar yang dikuatkuasakan selama enam tahun bagi melindungi haiwan dan burung yang dilindungi di negara Afrika timur tersebut, menurut satu kenyataan dari perkhidmatan hidupan liar Tanzania kelmarin.

    Keputusan bagi menarik balik larangan bagi enam bulan awal tersebut menyaksikan para penyokong pemuliharaan merayu bagi proses pemantauan terhadap pengawalan pemburuan haram yang telah menurun.

    “Kerajaan telah menilai perniagaan mengeksport haiwan liar hidup sejak larangan tersebut dikenakan dan kini ia telah menarik balik larangan tersebut,” kata Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar Tanzania dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

    “Peniaga akan mempunyai tempoh selama enam bulan dari 6 Jun hingga 5 Disember untuk mengosongkan stok haiwan yang tidak dapat mereka jual di bawah larangan berkenaan,” tambahnya.

    Tanzania mengenakan larangan tersebut pada 2016 di bawah pemerintahan autoritarian presiden ketika itu iaitu John Magufuli yang gaya kepimpinannya tanpa kompromi menyaksikan dirinya digelar sebagai the Bulldozer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...