Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP anjur khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Tabung Amanah Pekerja (TAP) meneruskan aktiviti keagamaan bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Panchor Murai.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

    Turut hadir ke majlis tersebut ialah ahli-ahli Lembaga TAP, Panel Pelaburan, Jawatankuasa Audit dan pegawai serta kakitangan TAP.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan ayat-ayat lazim dan takhtim beramai-ramai. Manakala itu, Doa Khatam serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Panchor Murai, Awang Ali Noor bin Haji Yahya.

    Pada majlis berkenaan, tetamu kehormat juga menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga TAP dan penduduk Kampung Panchor Murai serta anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

    Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian wakaf bagi keperluan masjid yang disampaikan kepada imam masjid berkenaan. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda