Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP anjur program Menyusur Kampung

    TUTONG, 2 FEB – Dalam usaha berterusan Tabung Amanah Pekerja (TAP) bagi meningkatkan kefahaman orang ramai khususnya ahli-ahli TAP mengenai manfaat-manfaat di bawah Skim Persaraan Kebangsaan (SPK), TAP telah pun mengadakan program Menyusur Kampung pada Selasa lalu bertempat di Dewan Serba Guna Kampung Bukit, Mukim Ukong, Tutong.

    Program itu memfokuskan kepada pembarigaan manfaat SPK untuk ahli-ahli yang bekerja sendiri dan ahli SPK Gold (ahli yang berumur 60 tahun ke atas) di sekitar daerah tersebut.

    SPK adalah merupakan skim persaraan yang inklusif yang turut dilaratkan kepada ahli dalam sektor tidak formal yang berumur lebih dari 60 tahun.

    Turut hadir adalah ketua-ketua kampung di sekitar Daerah Tutong bagi membantu menyalurkan maklumat dan pengetahuan mengenai dengan SPK kepada anak-anak buah mukim dan kampung masing-masing yang bekerja di dalam sektor tidak formal ataupun bekerja sendiri.

    Pengunjung-pengunjung yang hadir semasa program tersebut juga dibolehkan bagi membuat pengemaskinian maklumat peribadi, menghadapkan permohonan pengeluaran, mendapatkan anggaran pendapatan persaraan dan juga pendaftaran pentadbir penamaan SPK melalui perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah.

    Program Menyusur Kampung dirancang bagi turut dilaratkan ke daerah-daerah yang lain di sepanjang tahun ini.

    Kakitangan TAP yang terlibat dalam program tersebut. – GAMBAR SERAHAN TAP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda