Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa TAP ketika ini sedang menjalani proses penaiktarafan kualiti penyampaian perkhidmatan pelanggan khususnya kepada para ahli-ahli TAP dan majikan.
Sehubungan dengan itu, talian Pusat Panggilan TAP iaitu 2382929 akan menjalani proses penyelenggaraan bermula hari ini (29 Jun) sehingga proses penyelenggaraan selesai.
Orang ramai yang berhasrat untuk berurusan melalui Pusat Panggilan TAP bolehlah berhubung dengan pihak TAP menerusi nombor talian yang baharu iaitu 2722929 bermula esok, 30 Jun.
Di sepanjang tempoh peralihan TAP kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) pada bulan Julai ini, TAP memaklumkan bahawa semua cawangan TAP, perkhidmatan dalam talian e-Amanah dan Kiosk e-Info TAP akan ditutup bermula 1 Julai sehingga 16 Julai.
Kesemua cawangan dan perkhidmatan-perkhidmatan TAP akan dibukakan semula mulai 17 Julai 2023.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.