Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP kendali sesi kedua RPCP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) meneruskan lagi Program Persijilan Perancangan Persaraan (RPCP) bagi sesi kedua yang diadakan selama empat hari, bermula 20 hingga 23 Mei lalu.

    Menurut kenyataan TAP, program tersebut merupakan salah satu inisiatif utama TAP dalam memperkukuhkan pengetahuan dan keupayaan perancang-perancang kewangan di Negara Brunei Darussalam dalam bidang perancangan persaraan.

    Sesi kali ini telah disertai oleh seramai 26 pengamal perancangan kewangan yang terdiri daripada syarikat-syarikat insurans swasta seperti AIA Brunei dan Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd, yang terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat nasihat kewangan kepada masyarakat umum.

    RPCP merupakan salah satu inisiatif TAP untuk melengkapkan para pengamal perancang kewangan dengan pengetahuan yang tepat berkaitan perancangan persaraan, khususnya maklumat mengenai produk-produk TAP seperti Skim Persaraan Kebangsaan (SPK)
    serta garis panduan latihan perancangan persaraan dari sudut konteks SPK.

    Peserta yang berjaya menamatkan program tersebut akan menerima pengiktirafan rasmi melalui pensijilan TAPCERT.

    Dengan pensijilan itu, orang ramai kini boleh mendapatkan nasihat persaraan daripada profesional yang diiktiraf oleh TAP, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap maklumat dan panduan yang diberikan.

    Pendaftaran bagi sesi ketiga akan dibukakan pada bulan September ini. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang rasmi TAP di www.tap.com.bn serta saluran media sosial rasmi TAP.

    Untuk maklumat lengkap mengenai kepentingan mendapatkan khidmat daripada pengamal perancang kewangan yang diiktiraf TAPCERT, sila layari laman sesawang TAP.

    Gambar ramai para peserta yang hadir semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TAP
    GAMBAR SERAHAN TAP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda