Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP naik taraf perkhidmatan pelanggan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) sedang menjalani proses menaiktaraf perkhidmatan pelanggan khususnya bagi ahli-ahli TAP dan majikan.

    Sehubungan itu, Talian Pusat Panggilan TAP iaitu 238 2929 akan menjalani proses penyelenggaraan bermula esok sehingga proses penyelenggaraan selesai.

    TAP dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan, orang ramai yang berhasrat berurusan melalui Pusat Panggilan TAP bolehlah berhubung dengan pihak TAP menerusi nombor talian yang baharu iaitu 272 2929 bermula 30 Jun 2023.

    Waktu operasi pusat panggilan itu ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu pada jam 8-5 petang (rehat jam 12:30-1:30) manakala Jumaat dari jam 8 hingga 4:30 petang (rehat jam 12-2 petang).

    Sepanjang tempoh peralihan kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) pada bulan Julai ini, semua cawangan TAP, perkhidmatan online e-Amanah dan Kiosk e-Info TAP akan ditutup bermula 1 Julai sehingga 16 Julai. Kesemua cawangan dan perkhidmatan-perkhidmatan TAP akan dibukakan semula mulai 17 Julai.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk berurusan dengan TAP di sepanjang tempoh peralihan tersebut bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja atau melalui emel di ask@tap.com.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda