Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    TAP raikan penubuhan ke-31

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-31 tahun di Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), di ibu negara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

    Majlis itu turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga TAP, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Polisi Sumber Tenaga Manusia, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan pegawai serta kakitangan TAP.

    Majlis telah diisikan dengan bacaan Ratib Al-Attas, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan WARGAMAS (PW) yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis sambutan ini adalah bagi menzahirkan tanda kesyukuran serta meraikan penubuhan TAP ke-31 tahun.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan sumbangan kepada wakil PW pada majlis yang berlangsung di PGGMB di ibu negara kelmarin. – GAMBAR SERAHAN TAP
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama tetamu lain ketika hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN TAP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...