Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP, SCP umum dividen 2.2 peratus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini mengumumkan dividen simpanan TAP dan SCP bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020 pada kadar 2.2 peratus.

    Menurut kenyataan dikeluarkan TAP di sini hari ini, dividen tahun kewangan 2019-2020 telah dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli mereka pada 1 November menggunakan perkhidmatan online e-Amanah TAP dan ahli-ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka di laman web www.tap.com.bn atau melalui Kiosk e-Info TAP.

    Pada kadar 2.2 peratus, jumlah agihan pendapatan sebanyak $64, 373,836.01 juta telah dikreditkan ke dalam 163,978 akaun ahli TAP manakala sebanyak $29,006,694.39 juta telah dikreditkan ke dalam akaun seramai 157,807 akaun ahli SCP.

    Menurut kenyataan itu lagi, strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut lokasi aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP. Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, kadar faedah, risiko kredit dan pasaran mata wang asing.

    Bagi maklumat lanjut penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, bolehlah menghubungi pusat Panggilan TAP di talian 2382800 pada waktu pejabat atau e-mel kepada ask@tap.com.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda