Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    TAP terima pengiktirafan ASSA

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menyertai Mesyuarat Lembaga ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-40 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Dengan tema Embracing Diversity, Building a Shared Future, mesyuarat kali ini dihoskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia.

    Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Malaysia, Datuk Seri Haji Ahmad Maslan.

    Pada hari pertama mesyuarat, sesi seminar dan perkongsian amalan terbaik dalam industri perlindungan sosial telah diadakan.

    Pada hari berikutnya, mesyuarat turut memuatkan penganugerahan Pengiktirafan ASSA bagi mengiktiraf pencapaian ahli Organisasi ASSA, dan TAP telah mendapat Pengiktirafan ASSA dalam kategori Strategic Communication Recognition Award melalui projek Empowering Retirement Planning for the Silver Generation.

    Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi ASSA 2022/2023, Keo Chanthavixay kepada Pengarah Urusan TAP, Haji Mohd Adfarul bin Haji Maz Adanan.

    ASSA telah ditubuhkan pada 1998 dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sekuriti sosial di rantau ini.

    Sebanyak 10 buah negara telah menyertai ASSA iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Laos.

    Mesyuarat itu memberikan ruang untuk pakar-pakar dari negara-negara ahli bagi mengongsikan idea dan pengalaman mengenai perkara sekuriti sosial.

    Anugerah disampaikan oleh Pengerusi ASSA 2022/2023 kepada Pengarah Urusan TAP bagi projek Empowering Retirement Planning for Silver Generation. – GAMBAR SERAHAN TAP
    Mesyuarat Lembaga ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-40. – GAMBAR SERAHAN TAP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...