Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak penggerudian minyak runtuh di Turkiye, seorang maut

    ISTANBUL, 21 JULAI – Sebuah pelantar penggerudian minyak runtuh di tenggara Turkiye hari ini, membunuh seorang pekerja dan mencederakan dua lagi, kata pihak berkuasa tempatan.

    Kejadian itu berlaku di tapak penggerudian di kawasan Gunung Gabar di wilayah dengan majoriti penduduk Kurdish, Sirnak.

    Seorang jurutera terbunuh selepas terperangkap di bawah runtuhan, kata gabenor wilayah Cevdet Atay yang melawat lokasi kejadian.

    Seorang lagi mangsa yang terperangkap “diselamatkan serta-merta selepas kemalangan itu dan dipindahkan ke hospital dengan helikopter,” kata pejabat Atay di X, manakala seorang lagi pekerja terselamat dengan kecederaan ringan.

    Siasatan ke atas kejadian itu telah dilancarkan, tambahnya. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda