Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak perlindungan cimpanzi Sierra Leone dibuka semula

    FREETOWN, 4 NOV – Sebuah tapak perlindungan terkenal di dunia untuk cimpanzi yatim di Sierra Leone telah dibuka semula kepada orang awam, menamatkan penutupan selama lima bulan sebagai protes terhadap bahaya penebangan hutan, menurut kenyataan pengurusan tapak itu kepada AFP, kelmarin.

    Tacugama Cimpanzi Sanctuary telah menghadapi ancaman kehilangan habitat dan perang saudara untuk menjadi destinasi eko-pelancongan utama negara itu serta model pemeliharaan alam sekitar di seluruh Afrika Barat.

    Namun, selepas berdepan peningkatan membimbangkan penebangan hutan berhampiran kawasan itu, penjaga tapak perlindungan menutup pintu kepada pengunjung dari 26 Mei hingga 1 November, sebagai usaha untuk mendorong kerajaan mengambil tindakan.

    “Penutupan kami bukanlah pilihan. Ia adalah tindakan perlindungan dan pendirian menentang perebutan tanah secara haram yang menimbulkan ancaman serius kepada Tacugama,” kata Bala Amarasekaran, pengasas dan pengarah tapak perlindungan, kepada AFP.

    Tapak perlindungan itu hanya dibuka semula selepas kerajaan Sierra Leone berikrar untuk menangani ancaman terhadap tapak tersebut, menurut pengurusan Tacugama.

    “Bulan-bulan yang lalu adalah antara yang paling mencabar dalam sejarah kami. Kami menghadapi kerugian kewangan, ketidakpastian bagi kakitangan dan komuniti kami, serta persoalan menyakitkan sama ada Tacugama akan dapat membuka pintunya semula,” tambah Amarasekaran. – AFP

    Penjaga, Hawa Kamara, memegang cimpanzi yang diselamatkan, Esther (kiri) dan Rio (kanan) di Tacugama Cimpanzi Sanctuary di Freetown, pada 24 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda