NEWPORT BEACH, 27 Dis – Tapak Sulaiman membuat kemunculan semula di Pantai Barat, empat tahun selepas sindrom misteri membunuh berjuta-juta hidupan itu.
Dari tahun 2013 hingga 2014, Sindrom Sea Star Wasting mengancam Tapak Sulaiman dari British Colombia hingga Mexico.
Tapak Sulaiman akan mengalami tompok-tompok dan kemudian hancur berkecai, tapaknya berubah menjadi gumpalan melekit.
Puncanya tidak jelas namun para penyelidik berkata, ia mungkin disebabkan virus.
Tetapi kini, spesies itu telah pulih. Tapak Sulaiman dilihat di kolam pasang surut Selatan California dan di tempat lain, lapor Orange County Register semalam.

“Ia muncul kembali,” beritahu Darryl Deleske, pengurus akuarium bagi Cabrillo Marine Aquarium di Los Angeles kepada akhbar.
“Ia satu perbezaan besar,” kata Deleske. “Beberapa tahun lalu, kita tidak dapat menemukannya. Saya menyelam jauh hingga ke Kanada, khususnya mencari Tapak Sulaiman dan tidak menemukan seekor pun.”
Kematian serupa Tapak Sulaiman di Pantai Barat juga dilaporkan dalam tahun 1970an, 80an dan 90an, namun wabak terbaru itu jauh lebih besar dan lebih meluas, menurut laporan para penyelidik di Universiti Santa Cruz.
Bermula dengan Tapak Sulaiman spesies Ochre di negeri Washington, penyakit itu menyebar dan membunuh Tapak Sulaiman spesies ‘’, ‘leather’, ‘sunflower’, ‘rainbows’ dan Tapak Sulaiman enam kaki. Ia melanda Selatan California pada Disember 2013. – AP