Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak terowong metro runtuh, dua terperangkap

    SEOUL, 11 APRIL – Sekurang-kurangnya dua orang terperangkap hari ini, apabila sebuah tapak pembinaan untuk laluan metro baharu runtuh berhampiran ibu negara Korea Selatan, Seoul, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

    Tapak tersebut merupakan sebahagian daripada projek transit bawah tanah yang menghubungkan daerah Yeouido di Seoul ke Ansan dan Siheung di wilayah Gyeonggi, wilayah paling padat penduduk di negara tersebut.

    Agensi Bomba Kebangsaan berkata, runtuhan berlaku semasa kerja-kerja pengukuhan terowong.

    Dua orang telah disahkan terperangkap, namun butiran lanjut masih sedang disahkan, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

    Salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti dan sedang diselamatkan, namun seorang lagi — seorang pengendali jentera penggali — masih hilang.

    Agensi tersebut turut memaklumkan bahawa seramai 55 anggota bomba telah dikerahkan untuk operasi menyelamat.

    Tapak berkenaan telah pun dikosongkan pada awal pagi hari ini, atas kebimbangan keselamatan, sebelum kejadian runtuhan berlaku, dan pihak polis telah menutup satu laluan sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan pembinaan. – AFP

    Pihak Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan sedang memantau tapak kejadian runtuhan di laluan metro berhampiran Seoul, Korea Selatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda