Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak warisan dunia di Okinawa terbakar

    OKINAWA, 31 OKT – Istana Shurijo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di wilayah selatan Okinawa, Jepun telah terbakar hari ini dan pihak berkuasa berjaya mengawal api, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media tempatan.

    Agensi berita Kyodo melaporkan bahawa kebakaran meletus sejurus sebelum pukul 2.40 pagi di tapak warisan itu yang terletak di bandar Naha. Pihak berkuasa telah mengerahkan lebih 10 jentera bomba ke tempat kejadian.

    Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian akibat insiden itu dan polis kini berusaha menentukan punca kebakaran.

    Istana itu adalah sebahagian daripada kompleks monumen dan bangunan mewakili sejarah Kerajaan Ryukyu, yang wujud di Kepulauan Ryukyu antara abad ke-15 dan ke-19.

    Destinasi pelancongan popular itu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2000. – Bernama

    Asap kelihatan di atas Istana Shurijo yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO selepas terbakar hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda