Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarantula punca kemalangan jalan raya

    DEATH VALLEY, 31 OKT – Seekor tarantula melintasi jalan di Taman Negara Death Valley menyebabkan kemalangan lalu lintas yang menyebabkan seorang penunggang motosikal Kanada dibawa ke hospital, kata Perkhidmatan Taman Negara.

    Pelancong Switzerland yang memandu van khemah yang disewa telah menekan brek secara mendadak untuk mengelak daripada melanggar tarantula yang sedang melintasi jalan di State Route 190 pada Sabtu lalu, kata perkhidmatan taman.

    Penunggang motosikal berusia 24 tahun kemudian melanggar bahagian belakang van khemah tersebut. Keadaan penunggang motosikal itu masih tidak diketahui kelmarin.

    “Labah-labah itu pergi tanpa cedera,” tulis perkhidmatan taman itu dalam satu kenyataan.

    Walaupun tarantula kebanyakannya berada di dalam terowong bawah tanah sepanjang hidup mereka, spesies jantan yang berumur 8 hingga 10 tahun keluar ke permukaan pada musim gugur untuk mencari pasangan.

    Gigitan daripada labah-labah yang tidak agresif dikatakan serupa dengan sengatan lebah, kata pegawai dan ia tidak membawa maut kepada manusia. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda