Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarbiyah haji tingkat kefahaman mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Seramai 20 bakal jemaah haji mualaf yang terdiri daripada sembilan lelaki dan 11 wanita telah mengikuti Program Tarbiyah Ibadah Haji bagi tahun 1445H/2024M yang diadakan di Bilik Mau’izhah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kampung Pulaie, hari ini.

    Program yang diadakan hingga esok itu dikendalikan oleh PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf).

    Para peserta berkenaan merupakan penerima-penerima Kurnia Tambang Fardu Haji daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan situasi sebenar di tanah suci dan panduan ibadat haji dan umrah kepada bakal haji mualaf secara teori dan praktikal. Di samping untuk meningkatkan kefahaman tentang amalan Fardu Ain bagi memastikan amal ibadah mereka dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

    Melalui program itu juga adalah diharap akan dapat membimbing para bakal jemaah haji mualaf untuk menghalusi manasik atau ibadat haji dan umrah apabila tiba di Tanah suci Mekah nanti sekali gus mendapat haji yang mabrur.

    ATAS & BAWAH: Antara bakal jemaah haji mualaf semasa menghadiri program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PDI
    GAMBAR SERAHAN PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda