Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarian, lagu tradisional hiasi Malam Deepavali 2023

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 15 NOV – Tarian berwarna-warni dan muzik yang meriah memenuhi dewan Pusat Insani pada malam 11 November ketika Persatuan India Belait (IAB) meraikan Malam Deepavali 2023.

    Hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri selaku tetamu kehormat bersama 800 hadirin dalam memperingati satu peristiwa penting dalam masyarakat India.

    Tuan Yang Terutama dalam ucapannya memuji komuniti IAB kerana menganjurkan acara sedemikian, yang membantu memupuk persahabatan sambil meraikan Deepavali.

    Presiden IAB, Salimo turut menyampaikan ucapan alu-aluan di mana beliau mengalu-alukan semua orang ke acara yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat India itu.

    Sambutan tersebut turut menampilkan tarian dan muzik lagu-lagu tradisional dan Bollywood, yang dipersembahkan sementara para hadirin menikmati pelbagai hidangan India yang disajikan.

    Gambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IAB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda