Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Dalam mempamerkan budaya dan perpaduan, Sekolah Sinaran Pelangi pagi tadi menganjurkan persembahan tarian singa anjuran Persatuan Amal Unity.
Majlis dihadiri oleh para pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua dan ahli-ahli lembaga pengarah dalam sama-sama memeriahkan suasana di kawasan sekolah.
Pengerusi sekolah, Loo Shee Yun dalam ucapannya menyatakan bahawa acara itu menandakan tarian singa yang pertama kali diadakan di Sekolah Sinaran Pelangi.
Beliau berharap perayaan kebudayaan itu akan menjadi tradisi, membawa kegembiraan dan perpaduan kepada komuniti sekolah untuk tahun-tahun akan datang.
Persembahan yang penuh warna dan bertenaga itu mempamerkan kekayaan warisan dan nilai yang ingin dipromosikan oleh Persatuan Amal Unity melalui acara kebudayaan mereka.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P5-3Sinaran-1_13022024.jpg)