PARIS, 6 APRIL – Pengenalan duti oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka akan menjejaskan ekonomi Perancis lebih 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lapor Agensi Berita Rusia, TASS, memetik kenyataan Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou dalam satu wawancara dengan media tempatan.
“Dasar Presiden Donald Trump akan menelan kos lebih 0.5 peratus daripada KDNK Perancis,” kata Bayrou dalam wawancaranya dengan akhbar Le Parisien.
Kenaikan tarif oleh Presiden AS itu mengancam menyebabkan pengurangan pekerjaan, “kemelesetan ekonomi dan pengakhiran pelaburan,” kata perdana menteri itu.
“Tindakan tidak stabil oleh AS akan melemahkan ekonomi global bagi tempoh yang panjang,” tegasnya. – Bernama
