Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarif bakal jejas perniagaan Volkswagen

    FRANKFURT, 30 APRIL – Pengeluar kereta terbesar Eropah, Volkswagen berkata hari ini keuntungan suku pertama (Q1) merosot disebabkan kos yang lebih tinggi dengan memberi amaran mengenai perniagaan yang lembap untuk sepanjang tahun berikutan ketegangan perdagangan.

    Keuntungan bersih jatuh 40.6 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini untuk mencecah 2.19 bilion euro (AS$2.49 bilion) walaupun pendapatan meningkat tiga peratus untuk mencapai 77.56 bilion euro.

    Kumpulan 10 jenama itu, selain daripada Audi, Skoda dan Porsche, telah memberi amaran awal pada April bahawa kos sebanyak 1.1 bilion euro dalam setahun akan mempengaruhi keputusannya.

    Ia termasuk kos penstrukturan semula pada unit perisiannya serta denda Kesatuan Eropah (EU) kerana menjual terlalu banyak kenderaan yang mencemarkan udara, kata Volkswagen.

    Untuk sepanjang tahun ini, pembuat kereta itu berkata ia menjangka perniagaan akan mengalami kemerosotan, memetik cabaran termasuk peningkatan persaingan, peraturan pelepasan yang lebih ketat dan ketegangan perdagangan.

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengancam dan mengenakan pelbagai tarif yang direka untuk membawa pulang pembuatan ke negara asalnya, termasuk tarif sebanyak 25 peratus ke atas import kereta. – AFP

    Gambar bertarikh 20 Mei 2022 menunjukkan kereta elektrik Volkswagen ID 4 di tapak pengeluaran Emden, utara Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda