Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarik balik pengakuan simpan barang curi

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan menyimpan barang curi.

    Sawal bin Haji Jafar, 46, pada mulanya mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan namun pengakuannya ditarik balik Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman sebaik tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui mesin pemotong rumput milik Jabatan Kerja Raya itu adalah barang curi.

    Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui barang itu adalah barang curi telah menyimpan mesin pemotong rumput itu antara 22 dan 25 April 2018 di Kampung Putat.

    Kes tertuduh didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali mengikut Seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

    Tarikh perbicaraan tertuduh akan ditetapkan pada 9 Mei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda