Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarik lebih ramai pelancong premium

    KUCHING, 16 OGOS – Penggiat sektor pelancongan Sarawak harus memfokuskan kepada menarik lebih ramai pelancong premium yang tidak keberatan berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik sepanjang berada di negeri itu.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam hal ini, negeri itu perlu terus menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan hospitalitinya bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

    “Bagi Sarawak, kami mahukan pelancong premium. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara perniagaan dan kami menganjurkan Rainforest (Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bagi menarik pelancong). Mereka ini adalah pelancong istimewa, mereka bukan pelancong massa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Hotel Malaysia di sini malam ini.

    Beliau berkata kerajaan negeri telah merancang untuk mewujudkan sebuah pusat kesihatan berhampiran Pantai Damai di Santubong dekat sini yang bakal menjadi satu lagi tarikan bagi pelancongan perubatan di Sarawak.

    “Selain itu, dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibina di Sematan (bahagian selatan Sarawak di mana kita boleh menarik lebih ramai pelancong terutama pelancong perubatan dan pelancong premium,” katanya. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda