Wednesday, February 26, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikan pelancong di kota bersejarah Malaysia

    MELAKA – Dikelilingi dengan lampu yang berkilat dan disertakan dengan pelbagai watak kartun dilekatkan malah lebih menarik alunan irama muzik menyerikan lagi sebuah ikonik Melaka, Basikal beroda tiga atau lebih dikenali dengan beca.

    Baru-baru ini, basikal beca ini telah menjadi tumpuan para pelancong untuk melawat bandar raya Melaka yang mempunyai sejarahnya sendiri di Malaysia.

    Basikal beca ini pernah mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia malah basikal beroda tiga ini atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai tishaw, pernah dihentikan disebabkan oleh kemudahan kereta yang semakin murah malah sehingga ke hari ini, basikal beca ini semakin berkurangan dan sudah kurang dipraktikkan.

    Namun berbeza pula di Melaka, wilayah yang pernah dijelajah oleh pihak Portugis malah merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu lokasi tarikan terhebat di Malaysia, kenderaan kecil itu masih bertahan dan bertenaga untuk menjana ekonomi penduduk tempatan di wilayah berkenaan.

    Basikal beca telah disesuaikan dengan keadaan era moden khususnya dalam usaha mereka untuk menarik tumpuan para pelancong.

    Para pemilik basikal beca telah menambah watak-watak kartun seperti Hello Kitty dan Pikachu Pokemon serta menambah lampu-lampu neon menarik yang sentiasa berkelipan pada waktu malam.

    Basikal beca telah disesuaikan dengan keadaan era moden. – AFP
    Baru-baru ini, basikal beca telah menjadi tumpuan para pelancong untuk melawat Bandaraya Melaka yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Malaysia. – AFP

    Pemasangan muzik

    Selain itu juga, para pemilik basikal beca ini turut memasang bunyi muzik daripada jenis muzik techno hingga kepada lagu-lagu hebat dari Bollywood dan balad China.

    “Sebenarnya, pelancongan di Melaka adalah unik dan apa yang lebih menarik ialah hiasan basikal beca yang hanya terdapat di wilayah ini,” kata salah seorang pemandu, Mohamad Isa Mursidi yang telah melekatkan hiasan Hello Kitty pada basikal beca miliknya dan sejambak bunga plastik dalam bingkai berbentuk jantung atau ‘Love’.

    “Jika anda tidak dapat melihat basikal beca ini di mana-mana jalan di kawasan Melaka, anda akan dapat melihatnya berbaris di kawasan dataran pusat bersejarah di kawasan Stadthuys, bangunan bersejarah di Melaka yang mana telah menjadi pejabat gabenor semasa pemerintahan kolonial Belanda,” tambah Mohammad Isa lagi kepada media.

    Lazimnya, setiap pelancong akan menaiki basikal beca ini selama 30 minit dan melalui kawasan laluan yang terpilih termasuk beberapa kawasan bersejarah di bandar itu dan harga untuk menaiki basikal beca ini sekitar 25 ringgit Malaysia atau AS$6.

    Walaupun tidak semua para pelancong merasa selesa untuk menggunakan basikal beca ini ketika melawat bandar purba ini namun bagi orang ramai khususnya penduduk tempatan, perjalanan dan kunjungan di bandar ini, menaiki basikal beca berwarna-warni ini merupakan sebahagian daripada pengalaman yang berharga.

    “Menaiki basikal beca ini sedikit sebanyak memberikan kami perasaan romantik khususnya apabila menjelangnya waktu malam,” kata salah seorang pelancong tempatan, Ganapathy Kuppusamy kepada wartawan AFP.

    Sejarahnya tersendiri

    Bandaraya Melaka di barat daya semenanjung Malaysia, mempunyai sejarah yang tersendiri sejak sekitar abad ke-15.

    Dengan lokasi strategik di Selat Melaka, ia menjadi entrepot kaya dan menarik para pedagang dari seluruh dunia.

    Wilayah ini pertama kali dijajah oleh Portugis, kemudiannya oleh kerajaan Belanda dan akhirnya oleh pihak British pada abad ke-19, ketika ia menjadi sebahagian dari negeri-negeri Selat dengan Pulau Pinang di Malaysia moden dan juga Singapura. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda