Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikh keputusan petisyen Parlimen Kimanis ditetapkan

    KOTA KINABALU, 20 Sept – Mahkamah Khas Pilihan Raya akan menetapkan satu tarikh bagi mengumumkan keputusan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk kawasan Parlimen Kimanis yang difailkan oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan).

    Hakim Supang Lian menetapkan tarikh  itu selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak.

    Petisyen terhadap kerusi Parlimen Kimanis difailkan oleh Datuk Karim Bujang yang juga calon Warisan bagi kerusi berkenaan pada PRU14 pada 9 Mei lepas. Karim menamakan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

    Anifah diwakili barisan peguam Tengku Fuad Ahmad dan Azhari Abdullah (gambar), manakala Karim diwakili peguam Rebecca Thong, dan Chong Jia Yi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda