Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikh lihat anak bulan 10 mac

    KUALA LUMPUR, 3 MAC – Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

    Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.

    Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh Malaysia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda