BOGOTA, 22 Feb – Pemberontak FARC memerlukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjadualkan semula tarikh bagi proses pelucutan senjata bersejarah Colombia, ketika negara itu bersedia untuk melaksanakan persetujuan damai untuk menamatkan konflik bersenjata terakhir Amerika Latin, menurut mereka semalam.
Tentera Revolusionari Colombia (FARC) dijadualkan untuk dihentikan, bermula 1 Mac depan, dengan penyeliaan PBB di bawah persetujuan damai bersama kerajaan selepas 52 tahun pertempuran.
Ahli-ahli FARC merancang untuk menyerahkan 30 peratus dari senjata mereka pada 1 Mac, Jeneral Javier Florez- -ketua operasi tentera untuk menamatkan dan menghentikan gerila- -memberitahu wartawan sebelumnya.
Pihak berkuasa kemudian akan mengumpulkan 30 peratus lagi senjata pada 1 Mei, dengan tarikh pelucutan senjata terakhir adalah pada 1 Jun, katanya.
Tetapi sekarang, “ia dilihat penjadualan semula terhadap proses penghentian itu adalah diperlukan,” kata kepimpinan FARC dalam sepucuk surat kepada Jean Arnault, ketua pemantau misi proses damai PBB.
Ahli-ahli FARC, kumpulan gerila tertua dan terbesar Colombia, pada Sabtu lalu tiba di 26 buah zon di negara itu di mana mereka akan melucutkan senjata dan tinggal.
Pemberontak, bagaimana pun, sekarang mengadu bahawa kawasan-kawasan pelucutan senjata itu tidak lengkap, dari segi infrastruktur asas, air, tenaga dan jalan raya.
Mereka bimbang kerajaan tidak memenuhi janji bagi pelaksanaan proses damai tersebut. – AFP