Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikh pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji 2024

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam yang kelima bagi Musim Haji Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di beberapa tempat pemeriksaan kesihatan yang telah ditetapkan.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji hari ini memaklumkan bahawa tempat-tempat pemeriksaan kesihatan para bakal jemaah haji adalah di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait pada 6, 7 dan 9 Disember pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pekan Tutong pada 11 dan 12 Disember dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Pekan Bangar pada 14 Disember.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara pula di Klinik Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji, Tingkat 5, Blok 2G:01 Kondominum Ong Sum Ping, di sini, pada 2 Februari.

    Bakal jemaah haji hendaklah membawa bersama kad pintar, kad Bru-Hims, Buku Rekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (jika ada), buku suntikan berwarna kuning (jika ada) dan kad perjanjian masing-masing.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda