Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikh pengibaran bendera besar dilanjutkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pengibaran bendera besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 bagi 2021 kini dilanjutkan sehingga 4 Ogos depan.

    Pelanjutan tarikh berkenaan diumumkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-75, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Sehubungan itu, pengiran-pengiran dan mereka yang dikurniai gelaran dikehendaki mengibarkan bendera peribadi masing-masing dan orang ramai hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam sehingga tarikh berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda