Monday, May 19, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAS-2 sedang dilaksanakan demi membasmi penyakit untut

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Transmission Assessment Survey (TAS-2) atau Kajiselidik Penilaian Penularan pusingan kedua sebagai salah satu inisiatif Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyataan Inisiatif TAS-2 dilaksanakan atas saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Negara Brunei Darussalam sebagai susulan pelaksanaan kajiselidik Pusingan Pertama yang telah selesai dijalankan pada 2016.

    Perlaksanaan TAS-2 akan bermula hari ini, 19 Mei di sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negara.

    Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dilancarkan untuk menyokong komitmen global bagi Penghapusan jangkitan Filariasis Limfatik sebagai masalah kesihatan awam melalui aktiviti pemberian ubat Mass Drug Administration (MDA) di kawasan-kawasan endemik bagi penyakit Filariasis Limfatik.

    Untuk pengetahuan umum, penyakit Filariasis Limfatik (LF) atau lebih dikenali sebagai penyakit untut ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang disebabkan oleh cacing filaria.

    Antara komplikasi jangkitan penyakit itu termasuk lymphoedema iaitu bengkak pada anggota badan dan hydrocele iaitu bengkak di bahagian skrotum yang boleh membawa kepada kecacatan teruk dan ketidakupayaan kekal sekali gus memberikan kesan besar kepada kesihatan individu yang terjejas.

    TAS ialah satu kaedah untuk menilai sama ada Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan telah berjaya menyekat penularan penyakit tersebut dalam negara dengan menjalankan ujian ke atas sedikit sampel darah pada murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 dan diuji menggunakan peralatan khas, Brugia Rapid Test.

    TAS-2 akan dijalankan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan kerana mereka lahir selepas pusingan terakhir MDA dibuat.

    Jika MDA yang dibuat sebelum itu berjaya, maka kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan sepatutnya bebas daripada jangkitan.Namun, jika ada yang didapati positif, ia menunjukkan bahawa penularan penyakit masih lagi berlaku di dalam komuniti.

    Pemilihan sekolah dan pelajar dilakukan secara rambang berdasarkan kaedah statistik yang ditetapkan oleh WHO. Prosedur TAS adalah cepat dan selamat di mana ia akan dilakukan oleh petugas kesihatan yang terlatih.

    Semasa ujian dijalankan, sedikit sampel darah akan diambil dari hujung jari (finger prick) sama seperti kaedah yang digunakan untuk pemeriksaan paras gula dalam darah.  Keputusan ujian akan diketahui dalam masa 20 hingga 30 minit.

    Kementerian Kesihatan menyeru kepada ibu bapa dan penjaga serta masyarakat amnya untuk memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kejayaan pelaksanaan kajiselidik dan program berkenaan.

    Dengan sokongan semua pihak, Negara Brunei Darussalam berpeluang untuk diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara bebas daripada penyakit

    Filariasis Limfatik dan akan menjadi salah satu pencapaian besar dalam bidang kesihatan awam negara.

    Maklumat lanjut mengenai TAS boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan di https://moh.gov.bn/resources/ atau mengikuti akaun Instagram “@mohbrunei” dan juga menghubungi Talian Darussalam di 123. 

    Ujian darah akan dijalankan ke atas murid semasa perlaksanaan TAS-2.- Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/