Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Restoran Hotel Radisson, Tasek Brasserie menawarkan pelbagai hidangan panggang dan bufet mewah untuk sarapan pagi yang lewat termasuk salad, kaunter keju, kaunter makanan laut, antipasti, pelbagai jenis roti bakar, serta hidangan Asia dan Barat untuk dipilih.
Di samping itu, tawaran terhad kek cawan tiga perisa khas seperti vanila, pisang dan cip coklat juga boleh didapati sehingga minggu depan.
Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei, Jerome van Helden dalam kenyataannya mengatakan, Tasek Brasserie mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk menikmati juadah yang sempurna dan menyenangkan selepas beriadah bersama keluarga di Bandarku Ceria dengan perasaan santai dan tiada tempat untuk tergesa-gesa.
Tasek Brasserie, restoran kasual sepanjang hari mempunyai menu menarik yang merangkumi bufet, makanan yang selesa dan àla carte yang sesuai untuk menjamu selera selepas mesyuarat dengan rakan sekerja dan bersama keluarga.
